Gila Babi: (Video) Video Bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ Hina Islam Dalam YouTube Tersebar.... Jom Terjah!!!



Lagi video menghina Islam tersebar luas di media sosial Youtube dan Facebook. Lelaki yang dikenali sebagai Chetz menyediakan kuih raya untuk anjingnya.
Lagi video menghina Islam tersebar luas di media sosial Youtube dan Facebook. Lelaki yang dikenali sebagai Chetz menyediakan kuih raya untuk anjingnya.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu,” katanya kepada Bernama.
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.
Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948. 

– Bernama


Sumber Dari Youtube

***********************


Inilah jawapan tuan punya badan




KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Chetz Yusof
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.



Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.
* Sumber mynewshub


1 comments:

  1. Kepala hotak ngko! Video nak educate public cara nak jaga anjing konon! Jadi ape kejadah ada lagu raya dan bagi anjing makan kuih raya? Ngko nak samakan umat Islam sama dengan anjing ke? Ini bukan soal terlebih sensitif...tetapi soal seorang yang mengaku Islam dan sedang cuba nak perlecehkan agama Islam! Setiap kali nak solat ngko samak atau ngko memang tak solat? Mohon SKMM dan kerajaan menerusi badan agama dan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama lebih Peka dan ambil tindakan kepada Malaun yang kurang ajar ni! Soal video ni lama atau baru tak timbul, yang penting isinya sindir dan hina penganut Agama Islam! Kalau umat Islam tak sensitif maka makin banyak orang macam malaun ni hina Islam!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.