(Gambar2) LIVE: Mengemparkan Suatu Yang Telah Berlaku Di PRK N01 Kuala Besut.. Jom Terjah..




Di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri kira-kira jam 10 pagi mendapati warga emas dan golongan pertengahan mendominasi pusat pengundian.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan sibuk membawa warga emas dari pintu masuk sekolah ke pusat pembuang undi menggunakan kerusi roda.

Suasana di luar sekolah pula terkawal walaupun perayu undi kedua-dua parti sibuk menarik perhatian orang ramai dengan pelbagai cara.






Apa yang menarik kali ini, jentera kedua-dua parti tidak ada masalah berdiri dalam jarak yang dekat.

Malah ada muslimat PAS meminta Puteri Umno merakamkan gambar mereka dan sebaliknya juga berlaku.

Pendek kata, suasana harmoni dengan kedua-dua parti mempromosikan calon masing-masing.

Polis trafik mengawal keadaan lalu-lintas afar tidak berlaku kesesakan.

Unit Peti Undi (UPU) Bukit Puteri merupakan antara peti undi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu iaitu tempat calon PAS membuang undi agak riuh dengan perang mulut kedua-dua jentera parti yang berdiri di bahu jalan.

(Warga Tionghua turut merayu undi memegang poster calon PAS, Che Long)
(Muslimat PAS berdiri sepanjang jalan merayu undi untuk Che Long)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.