[Dikemaskini] : Al Fatihah - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin Kembali Ke Rahmatullah..


JASIN - [Dikemaskini] Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia, semalam akibat kencing manis dan kompilasi buah pinggang.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga di kediamannya di Merlimau Pasir, Merlimau, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.

Allahyarham menjadi Ketua Menteri Melaka bermula Mei 1997 sehingga Disember 1999 sebelum digantikan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Seri Halijah Mohd Jadi dan enam orang anak; antaranya, pelakon dan juga bekas pengacara Melodi, Khadira atau Dira Abu Zahar.

Bapa Dira Abu Zahar Meninggal Dunia

Menerusi akaun Instagram, Dira telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini;

"Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang. Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato' Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013."

Allahyarham menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004).

 Sementara itu, anak kelima Allahyarham, Muhd Iskandar, 34, berkata, bapanya dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang sejak hujung Mei lalu akibat penyakit yang dihadapinya.

“Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka Isnin lalu sebelum dibenarkan pulang malam semalam,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, jenazah bapanya akan dikebumikan Makam Pahlawan Masjid Negeri Al-Azim Bukit Pala, awal pagi esok.


AL Fatihah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.