BERAPI!!! Inilah Wajah Tiga Atlet Bola Baling (SUKMA) Yang Didakwa Merogol Gadis Pengiring Berumur 20 Tahun.. Jom Terjah!!!

Tiga suspek menutup muka sewaktu di bawa ke mahkamah sesyen di Petaling Jaya pada Khamis. Foto SAM THAM / THE STAR
PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.
Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.
Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.
Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.
Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.
-Mstar

1 comments:

  1. Inilah hasil dari dasar pendidikan negara yg dibangga-banggakan... lahirnya generasi yg pincang moral... dasar pendidikan yg meminggirkan pendidikan agama... dasar pendidikan yg terlalu mementingkan pencapaian, berapa puluh A dapat skor, berapa guni pingat emas dah kutip, berapa besar dan berapa panjang itu dan ini utk buku guiness Msia... karut... semua tu karut. dan terimalah hasilnya. lahirlah perogol2 muda...dan apa yg memalukan adalah ketiga2 nya adalah org melayu dan kununnya Islam... hidup melayuuuuuuuu.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.