Tragedi Tragis!!! Inilah Rupanya Kereta Kelisa Dengan Sebagian Nombor "437" Yang Tertimbus Bertan2 Konkrit Dan Keluli.. Pilunya!!!


Sebuah kereta yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan.
GEORGE TOWN: Sebuah kamera pasukan penyelamat mengesan objek yang dipercayai manusia selepas melihat tangan yang tidak bergerak di dalam sebuah kereta yang tertimbus yang tertimbus di bawah konkrit dan keluli yang bertan-tan beratnya akibat runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung pada malam Khamis.
Para penyelamat menjumpai sebahagian daripada nombor plat kenderaan dengan nombor “437”.

Polis mempercayai bahawa ia merupakan tiga digit pertama bagi nombor plat kenderaan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar pada Jumaat berkata, sebuah kamera pasukan penyelamat telah digunakan dan anggota penyelamat mengesan sekali imbas bahawa terdapat tangan mangsa tetapi tiada pergerakan atau tindak balas yang dikesan.
“Kami tidak dapat pastikan berapa ramai mangsa tetapi sekurang-kurangnya seorang telah dikesan.
“Ia (kereta) merupakan Perodua Kelisa warna hijau,” katanya.
Abdul Rahim berkata, polis tidak dapat mengenal pasti mangsa dan menggesa mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga sejak malam Khamis diminta membuat laporan polis.
Kerja-kerja menyelamat telah berjalan selama lebih 14 jam.
“Beratus-ratus tan konkrit dan keluli runtuh, dan kami perlu bergantung kepada jentera yang berat bagi membantu dalam kerja-kerja pembersihan,” katanya.
Lebih 300 anggota penyelamat di kalangan polis, jabatan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kontraktor sedang berusaha untuk memasuki kawasan kereta yang tertimbus.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan dijangka akan selesai menjelang petang.
“Kami berharap orang ramai dapat bersabar,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.