PANAS!!! Pelakon Shah Jaszle Memang Lelaki Bermasalah, Apa Hubungan Dia Dengan Pelakon Cantik, Neelofa Pulak? Boleh Pinjam Duit Ribu-Ribu.. Jom Terjah!!


Shah Jaszle kantoi berhutang RM5,000 kepada Neelofa - Selepas insiden ditangkap khalwat bersama seorang wanita di Apartment Taman Sri Subang, putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail dan menyerang Farah di tempat kerja, terkini Shah Jaszle berdepan lagi satu masalah utama apabila pelakon cantik Neelofa menuntut agar hutangnya yang berjumlah RM5,000 dibayar secepat mungkin.

Neelofa telah membuat tuntutan tersebut menerusi SMS ringkas sejurus selepas Shah Jaszle menyerang dan memarahi Farah di sebuah restoran berdekatan bank, di Bangsar Utama minggu lepas. Pertemuan itu turut dihadiri oleh pihak media dan ibu Shah Jaszle sendiri. 

Menurut laman blog murai batu, Shah Jaszle telah menyalahgunakan SMS Neelofa itu dengan memberitahu kepada pihak media bahawa bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tetapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor telefon bimbit Neelofa.

Bagaimanapun, tindakan terburu-buru Shahz Jaszle itu memakan dirinya sendiri apabila salah seorang saksi yang turut berada di sana telah menerima SMS yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar SMS itu kepada Shahz Jaszle bukan untuk mencarinya tetapi untuk menuntut wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya suatu ketika dulu.

Bagi admin, selagi Shahz Jaszle tidak mengalah, berterus-terang dan mengakui kesilapannya, lebih ramai lagi wanita lain yang pernah dikaitkan dengannya akan tampil bersuara. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung? Mungkinkah Miera Liyana pula yang akan tampil bersuara selepas Farah? Sama-sama kita nantikan.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.