Faktor masa dan tumpuan yang perlu diberikan kepada parti menjadi sebab dua pemimpin utama PAS dan PKR Selangor tidak dilantik menjadi exco negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Pemilihan (exco) adalah berdasarkan kapasiti dan masa."Seorang exco akan menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan program negeri," kata Khalid petang tadi.
Beliau menjawab soalan mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tidak dilantik menjadi exco kerajaan negeri.Jelasnya lagi, nama mereka dicalonkan parti masing-masing, namun tidak meletakkan nama mereka sebagai calon-calon utama untuk dipertimbangkan.
"Mereka dicalonkan tetapi diletakkan pada keutamaan yang rendah dari segi kesediaan untuk menghabiskan masa yang banyak sebagai exco."Kebanyakan masa mereka mungkin akan ditumpukan kepada aktiviti politik untuk mempromosikan parti berbanding menghabiskan masa untuk program berkaitan exco untuk negeri," katanya sambil menambah keputusan itu tiada kaitan dengan faktor kebolehan Azmin dan Rani.
Exco Selangor yang mengangkat sumpah Khamis lalu diwakili empat orang daripada PKR, dan tiga orang masing-masing daripada PAS dan DAP.Menurut Khalid, isu DAP perlu diberikan pengiktirafan dalam bentuk lain kerana menyumbangkan 15 kerusi dalam pilihan raya lalu tetapi diberikan hanya tiga kerusi exco, tidak timbul sama sekali.
"Dilantik menjadi exco adalah satu bentuk pengiktirafan (kerana) kita semua bekerja sebagai satu pasukan."Itu yang kita amalkan pada penggal lalu dan semua berpeluang untuk memberikan sumbangan sebagai satu pasukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khalid menjelaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai perantara politik Selangor kerana beliau mempunyai masa dan keupayaan bagi melaksanakan tugas itu.
Tambahnya, beliau bersedia mempertimbang cadangan Dr Rani sebelum ini yang mahukan seorang wakil dari PAS dan DAP dilantik ke jawatan yang sama."Kalau ada mereka dari DAP atau PAS yang mempunyai keupayaan seperti beliau, itu juga kita akan ambil timbangkan," katanya.
-AdDin77
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ▼ 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment