Terbaru!!! Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus.. Jom Terjah!!



Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.
Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Maka, siapa yang patut dipersalahkan? Saya tidak salahkan UMNO dan BN, tetapi saya salahkan SPR. Dengan kegagalan ini, jika tanpa jawapan yang memuaskan, sampai ketikanya Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya meletakkan jawatan.

Semoganya kelemahan dalam pengendalian pilihan raya kali ini tidak berlaku lagi dalam PRU ke-14 nanti. Negara kita berhak mendapat pengurusan pilihan raya yang lebih baik. ~selatan online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.