PANAS!!! Punca PR Kedah Kalah Kepada BN Di Kedah Telah Dikenalpasti.. 7 Kerusi Bungkus... Jom Terjah!!!




Kejayaan BN merampas Kedah mengejutkan pelbagai pihak, apatah lagi apabila menjadi satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang tumbang ketika negeri lain yang ditadbir gabungan itu terus bertahan sekalipun diasak hebat. 

Bukan sahaja menang, negeri-negeri lain pimpinannya - Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang - juga mendapat mandat mentadbir dengan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Di Kedah, kejayaan BN merobek beberapa kubu kuat PAS dilihat lebih manis apabila berlaku lonjakan sokongan pengundi Melayu dengan purata sebanyak 20 peratus, daripada 50 peratus pada 2008 kepada 70 peratus pada 2013.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lepas, BN menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah berbanding Pakatan yang mendapat 15 kerusi - merosot tujuh kerusi berbanding 2008.

Kerusi-kerusi yang dirampas BN adalah Tanjong Dawai, Jeneri, Bukit Lada, Kupang, Pantai Merdeka, Ayer Hitam dan Bandar Baharu.

Seperti juga trend di peringkat nasional, sokongan pengundi Tiong Hua - yang digelar BN sebagai "tsunami Cina" -- memainkan peranan penting di negeri Jelapang Padi itu.

Bagaimanapun, pengaruh itu tidak nyata mampu menampung pertambahan sokongan Melayu pada BN di Kedah yang memang dianggap sebagai "negeri Melayu".

Hanya 10 peratus Cina sokong BN
Pemimpin BN tempatan sendiri mengakui mereka terpaksa akur dengan pilihan masyarakat Cina yang hanya memberi sokongan kepada BN kira-kira 10 peratus sahaja kali ini berbanding India dengan 80 peratus.

Justeru, berlaku trend semakin kurangnya undi Pakatan di kawasan kurangnya pengundi Cina. Bagaimanapun kes unik berlaku di Tanjong Dawai dan Bandar Baharu yang tiada kena mengena dengan polarisasi sokongan mengikut kaum.

Di Tanjong Dawai, PAS memberikan alasan faktor undi tentera kira-kira 6,000 anggota manakala di DUN Bandar Baharu dipercayai ekoran "masalah dalaman" apabila jentera bawahannya tidak sekepala dan berpuak-puak sehingga kempennya tidak dapat meresap dengan baik ke akar umbi.

Walaupun hanya hilang tujuh kerusi, PAS juga diasak hebat di kawasan yang dianggap kubu sendiri sebelum ini sehingga majoriti undinya merosot, walaupun berjaya dipertahankan.

Antara kawasan itu Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Tokai, Sungai Limau dan Merbau Pulas.

Sementara itu, walaupun PAS Kedah berulang kali menafikan, pemerhati politik berpendapat perubahan sikap pengundi berpunca daripada kesangsian mereka terhadap keupayaan bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan gaya kepimpinannya yang dipertikaikan dan sentiasa mengundang kontroversi.

Phahrolrazi meningkat, Azizan merosot
PAS juga menolak tanggapan bahawa punca kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan pergeseran antara Azizan dan bekas exco kerajaan negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun, berdasarkan sokongan di tempat sendiri, pengaruh Azizan ternyata merosot. Walaupun memang lagi, majoritinya berkurangan daripada 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada tahun ini.

Ini sama sekali berbeza dengan Phahrolrazi yang berjaya meningkatkan majoritinya, walaupun sedikit, dari 3,122 kepada 3,884 undi.

Mungkin ini salah satu perkara yang dirujuk Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah apabila menyifatkan kekalahan PAS disebabkan "macam-macam hal" sepanjang lima tahu memerintah.

Di samping itu, kehadiran pemimpin muda Datuk Mukhriz Mahathir yang mengambil risiko bertanding di DUN Ayer Hitam yang dikatakan memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.

Malah, pengaruh bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun padang berkempen sehingga malam terakhir pada Sabtu lalu, juga menyumbang kejayaan BN khususnya di Jerlun dan dua DUN bawahnya, sekali gus menolak dakwaan adanya sentimen anti lilegasi Dr Mahathir.

Muhriz semalam berkata, walaupun menganggap peluang awalnya hanya 50-50, beliau menyandarkan khidmatnya di Parlimen Jerlun sebelum itu untuk diterjemahkan dalam bentuk undi di DUN Ayer Hitam.

Pengumuman di saat-saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau bakal menjadi menteri besar Kedah jika BN menang di negeri jelapang padi itu turut memberi keyakinan kepada pengundi.

Kerja keras Mukhriz di Kedah pastinya tidak dapat ditolak oleh sesiapa, termasuk kawan dan lawan. Sebagai contoh kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Datuk Mohamad Yusuf Hussin semalam mengakui Mukhriz "all out" sehingga kemaraannya sukar dikekang mereka.

1 comments:

  1. Kalau ikut pandangan yang duk di Selangor ni, tak ada program yang betul2 menyentuh rakyat secara personal yang kerajaan Pas Kedah buat masa perintah. Kalau aku nak kempen untuk terangkan prestasi kerajaan kedah bagi bantuan kepada rakyat. aku pun tak tau nak cakap ape. mungkin orang kedah lebih tau. api orang duk luar tak dapat gambaran langsung. cuma isu yang selalu di bagi tau kejayaan bina KUIN itu pun di serang dengan isu kakitangan kuin), isu kutipan hasil balak lebih tinggi, itu pun dengan mudah di serang sebab tebang balak sesuka hati. tapi hasil yang di beri kepada rakyat kedah?? macam mana??
    Maaf mungkin saya tak tahu, tapi boleh mereka bagi tahu??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.