SEREMBAN, 27 MEI: Polis hari ini memanggil penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard ke IPD Seremban untuk memberi keterangan berhubung kempen menentang penipuan pilihan raya umum ke-13.
Dalam SMS kepada Keadilandaily CheguBard memaklumkan, polis telah menampal notis di kediamannya dan meminta hadir 11.30 pagi ini berikutan satu laporan yang dibuat di Selangor.
“Diyakini ini ada kaitan kempen menentang penipuan PRU,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu dalam kririman SMSnya kepada Keadilandaly.
Pada 23 Mei dilaporkan bahawa polis mencari CheguBard di rumah ibunya di Seremban dipercayai berhubung himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya, 25 Mei lalu.Sementara itu,
Sementara itu, Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus akan didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban jam 8.30 ini mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Pendakwaan dibuat berhubung himpunan ‘Black 505′ Negeri Sembilan yang diadakan di pusat komersial Oakland, Seremban 17 Mei lalu.
Nazree adalah pimpinan Pakatan Rakyat kelima yang didakwa dibawah Akta Perhimpunan Aman.
Sebelum ini dakwaan dibawah akta sama dikenakan ke atas Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, setiausaha kerja Sekretariat Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ong Eu Leong, ahli parlimen Ipoh Timur, Thomas Su dan setiausaha KEADILAN Perak, Mohammad Anuar Zakaria.
Media melaporkan, dakwaan dibuat kerana penganjur tidak memaklumkan kepada polis notis himpunan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran.
-KD
0 comments:
Post a Comment