Wahai Orang Islam Sekalian!! WAJIB pilih parti yang memperjuangkan Islam: Resolusi Nadwah Ulamak Kedah, Jom Terjah!!!



ALOR SETAR – “Wajib menyokong parti yang memperjuangkan Islam dan haram menyokong parti yang menentang Islam,” begitulah tegas Tuan Guru Haji Salleh Musa semasa berucap dalam majlis Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam di Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Katanya lagi, sesiapa yang menyokong orang yang tidak menolong Islam, bererti tidak menolong Nabi. Sesiapa yang tidak kasihkan Nabi, maka tidak akan bersama Nabi Muhammad di akhirat nanti.

“Islam itu maksudnya terima dan taat, jika terima Islam tetapi tidak beramal, maka berdosa dan jika menolak hukum Islam hukumnya kafir, maka wajib menjauhi orang yang menolak hukum Islam kerana inilah akidah kita sebagai orang Islam.

“Umat Islam perlu menolong apa yang Nabi Muhammad mahukan, UMNO haram disokong kerana UMNO mengatakan (Parti Islam Semalaysia) PAS adalah Parti Ajaran Sesat, adakah Islam itu sesat? Jika mengatakan Islam itu sesat bermakna pemimpin UMNO perlu mengucap semula,” katanya di hadapan puluhan ulama dan NGO dari seluruh malaysia.


Tambahnya, asas perjuangan PAS adalah elok dan bersih. Tetapi sekarang ada segelintir pemimpin yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri. Perjuangan PAS adalah untuk kepentingan Islam bukan untuk mencari duit.

Beliau menasihatkan agar dihargai nikmat yang ada, maka Allah akan tambah nikmat itu. Jangan melihat siapa calon yang bertanding, yang penting ianya adalah calon PAS dan ikhlas itu adalah pintu kejayaan.

“Nak mengundi nanti bacalah ‘Bismillah’ dan niat untuk mengembangkan Islam. Mintalah bantuan kepada Allah agar Islam menang supaya dapat dilaksanakan segala hukum Allah.

Sementara itu, Nadwah Ulama dan NGO yang dilaksanakan ini adalah untuk menangani isu yang dihadapi oleh umat Islam antaranya agama, politik, pendidikan, ekonomi, keselamatan, kebudayaan dan sosial.

Nadwah tersebut memutuskan 10 amanat kepada pengundi iaitu pertama, wajib memilih parti yang akan menjadikan Islam sebagai panduan hidup rakyat dan pemerintah.

Kedua, wajib memilih parti yang akan memegang amanah rakyat dan pemilikan negara. Ketiga, wajib memilih parti yang akan memberi pendidikan berkuliti dan percuma sepanjang hayat.

Keempat, wajib memilih parti yang akan menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti dan percuma.Kelima, wajib memilih parti yang akan mengagihkan kekayaan secara saksama dan menghapuskan kroni.

Keenam, wajib memilih parti yang akan menamatkan amalan berhutang melampau dan pemborosan. Ketujuh, wajib memilih parti yang akan menurunkan harga minyak, hapuskan tol dan mengawal harga barang.

Kelapan, wajib memilih parti yang membanteras gejala sosial, jahat, lucah, fitnah dan rasuah. Kesembilan, wajib memilih parti yang akan bersikap adil kepada setiap bangsa dan menghapuskan sifat perkauman. Kesepuluh, wajib memilih parti yang mewujudkan negara berdaulat, selamat dan bebas pengaruh asing.

Nadwah ini didokong oleh Tuan Guru Haji Saleh Musa, Tuan Sheikh Mohd Zainol Asri Romli, Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md Akhir, Tuan Sheikh Mohd Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd Nasir, Tuan Guru Haji Azmi Ahmad Abdullah Dan Tuan Guru Haji Yusuf Husin. Ianya turut disertai oleh 16 NGO dan 68 sekolah agama serta pondok.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.