Konvoi Perdana Menteri memasuki perkarangan Istana Negara
KUALA LUMPUR: Semua mata akan tertumpu pada mesyuarat Kabinet hari ini di Putrajaya selepas beberapa minggu sebelum ini timbul pelbagai spekulasi Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri tiba di Istana Negara pada jam 8.25 pagi ini
Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet lain dijadualkan akan mengadakan sesi fotografi berkumpulan - yang turut dispekulasikan sebagai sesi fotografi terakhir sebelum pilihan raya kerana terdapat arahan kepada semua menteri Kabinet untuk mengenakan sut gelap dan bertali leher merah.
Seperti biasa, kumpulan wartawan dan jurufoto sudah berada di Istana Negara sejak pukul 7 pagi lagi menantikan kehadiran Perdana Menteri
Difahamkan juga Perdana Menteri akan melakukan pertemuan seperti biasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada waktu pagi ini dan kesempatan itu boleh juga digunakan untuk mendapatkan keizinan Raja untuk membubarkan Dewan Rakyat.
Media sebelum ini telah membuat spekulasi mengenai kemungkinan tarikh untuk pembubaran Parlimen dan pilihan raya apabila tempoh tamat Dewan Rakyat dijangka berakhir pada 30 April ini.
Najib juga akan menyambut tahun keempat beliau memegang jawatan Perdana Menteri hari ini, setelah mengangkat sumpah pada tahun 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2008.
Jika Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, Najib dijangka membuat pengumuman itu pada sidang akhbar yang dinanti-nantikan oleh semua stesen TV yang telah pun bersiap sedia untuk menyiarkannya secara langsung.
Majlis Tertinggi Barisan Nasional juga dijadualkan akan bermesyuarat esok dan dijangka Najib akan mengesahkan senarai calon berdasarkan senarai yang disediakan oleh 14 parti komponen lain.
Najib juga dijangka tidak akan mengumumkan nama-nama calon sehingga selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Najib juga akan berbasikal pada jam 5 petang di Putrajaya hari ini di mana beliau dan menteri-menteri Kabinet lain akan berbasikal sejauh 12km untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan untuk memberikan orang ramai peluang untuk berinteraksi dengan PM dan menteri-menteri.
Kira-kira 10,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara yang disebut-sebut sebagai 'Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya. ~bernama
Ta kisahlah.....bubar..bubar jugak....kiter tukar sekali..okey tak....JOM TUKOR...INI KALILAH....
ReplyDelete