Terkini!!! Jom Lihat Siapa Lagi Bakal Dipcecat PM Hj Najib Selepas Naib Ketua Wanita UMNO.. Jom Terjah!!!

Najib Razak dan Muhyuddin Yassin tegas mengatakan mana-mana ahli Umno yang bertanding akan dipecat dari Umno. Menurutnya mereka yang bertanding menentang Umno adalah pengkhianat dan sebagai pengkhianat mereka harus dipecat kerana akan merosak parti.
Johan: Khianat?

Katanya lagi parti tidak ingin kepada orang yang mengkhianati parti.

Najib berkata demikian merujuk kepada empat orang ahli Umno yang bertanding atas tikit bebas. Antara mereka ialah Naib Ketua Wanita Umno, Kamalia Ibrahim, bekas timbalan menteri Shariff Omar dan bekas seorang Exco Kedah masa BN memerintah, Fadzil Hanafi.

Muhyuddin Yassin lebih awal mengumumkan yang Kamalia dipecat dari Umno. Tindakan Najib dan Muhyuddin itu adalah menurut undang-undang parti dan ia bagi menjaga maruah dan martabat parti. Ahli parti akan tabik di atas keberanian dan ketegasan terhadap sesiapa bersalah tanpa mengambil kira situasi pilihan raya. Surat pemecatan mereka akan dikeluarkan Isnin nanti.


Orang ramai dan ahli Umno tidak merasa pelik dengan ketegasan Najib terhadap mereka itu. Tetapi apa yang sedang dilihat apakah tindakan bakal dikenakan ke atas calon Umno yang tidak menyerah borang penamaan calon untuk kerusi parlimen di Pasir Mas. Apakah tindakan timbalan ketua bahagian Umno, Che Johan Che Pa yang menarik diri dan memberi laluan kepada Ibrahim Ali itu bukan satu kesilapan dan pengkhianatan kepada parti?

Kalau Najib menyifatkan tindakan Kamalia, Sharif dan Fadzil sebagai pengkhianat apakah pula hal dengan Johan Che Pa? Biar apa alasan tindakan Johan itu ia memalukan Umno dan seperti meletakkan Umno di dalam parit dan longkang. Keadaan yang berlaku itu juga semacam satu konspirasi. Umno wajar merasa malu memiliki seorang ahli yang lebih takut kepada orang lain dari menghormati ketua sendiri?

Cara Johan itu bertindak membelakangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed merupakan satu kebiadaban. Beliau lebih bersimpati kepada Ibrahim dari ketua dan pemimpin partinya sendiri. Apa dilakukan Johan juga boleh disifatkan sebagai pecah amanah.

Kita tengok apa tindakan Najib kelak. Kalau Najib tidak memecat Johan dan memberi sokongan atau menerima perancangan Johan dan Ibrahim itu, jelaslah Najib sendiri tidak bermaruah. Apa lagi kalau Najib mengikhtiraf Ibrabim sebagai wakil UBN. Tanpa memecat Johan juga menunjukkan Najib  takut dan menggeletar dengan Ibrhaim Ali. Nampaknya Najib bukan saja takut kepada Cina MCA tetapi orang seperti Ibrahim juga dia menggeletar.

Saya mendapat tahu sejak Ibrahim tahu dia tidak disenaraikan bertanding atas tikit UBN beliau telah menghantar SMS, memaki hamun beberapa orang pemimpin Umno termasuk Najib mempertikaikan nasib diterimanya. Dia mempersolkan kenapa naib presiden Perkasa(m) diberi laluan tetapi beliau tidak.

Dia sangat marah atas apa yang berlaku itu yang dianggap sebagai satu penghinaan kepadanya. Maka dia terus membuat kecaman demi kecaman dan murihnya kepada pucuk pimpinan khasnya Najib memuncak.

Antara SMS yang dihantar Ibrahim kepada seorang pemimpin di ibu pejabat Umno ialah, merintih di mana dia hendak letakkan muka kalau Umno tidak berikan dia bertanding atas BN. Dia juga menyebut dan membangkitkan sudah lama dia menjadi anjing untuk Umno di Pasir Mas. Dan sekiranya dia tidak diberi laluan dia akan diketawakan oleh PAS dan PKR serta rakyat Pasir Mas. Maruah itulah yang diperjuangkannya.

SMS itu juga dipercayai diterima oleh Najib. Beberapa pucuk pimpinan Umno lain dan rakan-rakannya yang rapat dengan pimpinan tertinggi Umno juga dihantar.

SMS itu menjadi ancaman dan senjata bagi menyerabutkan pimpinan Umno. Justeru itulah akhirnya tidak ada cara lain untuk meredakan amukkan dia dengan mengarahkan Johan agar berbuat apa yang dibuat hari ini.

Apa yang berlaku siang tadi tidak selesai di situ sahaja. Ahli Umno dan penduduk Pasir Mas akan menanti apakah keputusan Najib ke atas Ibrahim. Apakah Najib akan mengumumkan Ibrahim sebagai calon UBN?

Kita sama-sama tunggu bagaimana sandiwara ini hendak ditamatkan. Boleh jadi juga kenapa Presiden MCA Chua Soi Lek tidak bertanding kali ini kerena beliau juga sudah dapat membaca akan tipu helah dan sandiwara Umno terhadap orang Cina. Kita tunggu tarikan selempek selanjutnya. 

1 comments:

  1. Kah kah kah....aku gelak sampai nak terkencing bila dengar alasan Che Johan Che Pa mengapa dia tidak serah borang penamaan calon dan sebaliknya memberi laluan kepada Breheng Ali untuk bertanding 1 lawan 1 dengan calon PAS. Satu perkara yang sangat tepat aku boleh cakap ialah..che Johan memang tidak layak untuk bertanding di Parlimen. Hujah bodoh ala-ala badut yang diberikannya memperkukuhkan kenyataan Mamak Mahatheer yang UMNO hanya ada orang bodoh aje! Bukankah bangang dan bodo namanya bila che johan sebagai ahli umno yang sah dan dipilih oleh Parti menyerahkan peluang atau tiket bertanding kepada seorang Otai politik yang hayat politiknya sebenarnya dah kojol dan lebih teruk lagi tidak berparti dan tak mungkin menjadi ahli umno kerna di pecat! Walau apapun alasan strategi (kononya) yang dibuat oleh Johan che Pa, ianya jelas satu tindakan bodo dan tidak bermaruah yang menyerlahkan sikap,sifat dan ketidakupayaan johan untuk berada di peringkat nasional! Setakat jaguh Kampung sahaja! Dengan perkasa yang perjuanganya entah apa-apa dan tiada locus standi untuk bertanding pun dah kena kencing, lu fikirlah! Ini maknanya semua ahli umno dan pengerusi Umno kelantan dah kena kencing dengan breheng ali! Che johan hanyalah badut politik yang digunakan untuk main wayang dan memperbodohkan ahli Umno dan pengundi Pasir Mas.Segeralah pecat che johan ni...sebab dia pun bukan siapa-siapa di Pasir Mas ni! Adapun tak menambah baik, takdapun tak terasa kurang! Buat malu Umno adalah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.