Chong Wei, 30, pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, gagal mengekang kelincahan pemain berusia 20 tahun itu apabila tunduk 19-21, 21-17, 18-21 dalam pertarungan selama 81 minit.
Ini merupakan pertemuan pertama Chong Wei dengan Tian Houwei, bekas juara remaja dunia 2009, yang memiliki ranking ke-196 dunia.
Tian Houwei akan beraksi di pentas final esok dengan menentang rakan senegara Xue Song yang sebelum itu mengalahkan pemain Indonesia Alamsyah Yunus, 21-10, 18-21, 21-15.
Cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas beregu lelaki nombor 16 dunia, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari turut mengalami nasib sama dengan Chong Wei.
Beregu negara itu gagal melangkah ke final apabila dengan mudah dikalahkan oleh pasangan Indonesia Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan, 21-18, 21-18 dalam masa 27 minit.
Gandingan Indonesia itu bakal bertemu beregu senegara Angga Pratama/ Ryan Agung Saputra pada perlawanan akhir esok. Angga Pratama/Ryan Agung mengisi slot final selepas mengalahkan beregu Korea selatan, Dae Eun Kim/Baek Choel Shin 21-9, 21-14 dalam masa 26 minit pada satu lagi saingan separuh akhir. - Bernama
0 comments:
Post a Comment