Terbaru!! (Video & Gambar) MB Kedah Berdepan 3 Pencabar Di DUN Sungai Limau.. Jom Terjah!!


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau dicabar tiga calon termasuk seorang ahli Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.



Selain calon Barisan Nasional (BN), Fazillah Mohd. Ali, kerusi itu turut ditandingi dua calon bebas yang masing-masing anak tempatan iaitu bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sobri Ahmad, 49, dan ahli Pas Sungai Limau, Abdullah Hashim, 49.



Pertembungan empat penjuru itu merupakan sejarah di kerusi berkenaan yang lazimnya hanya melibatkan saingan antara BN dan Pas sejak 1995.

Fazillah, 55, seorang arkitek yang juga sepupu Azizan merupakan muka baharu dipertaruhkan BN untuk merampas kerusi berkenaan yang disandang Pesuruhjaya Pas Kedah itu sejak empat penggal lalu.

Azizan, 69, memenangi DUN Sungai Limau sejak pertama kali bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum 1995.

Dalam pada itu, tiga lagi kerusi dalam Parlimen ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan pakatan pembangkang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membawa cabaran BN di Parlimen Jerai menentang Ketua Dewan Pemuda Pas Jerai, Firdaus Jaafar yang juga penyandang kerusi tersebut.

Kerusi DUN Guar Chempedak akan dipertahankan Datuk Ku Rahman Ku Ismail (BN) yang dicabar Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

Penyandang wakil rakyat DUN Gurun, Dr. Leong Yong Kong pula mempertahankan kerusi itu bertemu Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jerai, Salma Ismail.

Pencalonan mereka disah dan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Jerai, Zahari Ismail di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.