Panas Berapi!!! Presiden PAS Umumkan Senarai Calon2 PAS Yang Bakal Bertanding Pada PRU 13 Nanti.. Jom Terjah!!!





PAS hari ini mengumumkan bekas pegawai tinggi PDRM Datuk Fauzi Shaari sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Larut manakala anggota kerabat diraja Terengganu Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad untuk kerusi Kuala Terengganu.


Presiden parti itu pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi parlimen Marang manakala timbalannya Mohamad Sabu di kerusi Pendang.

Tiga naib presiden parti itu juga akan bertanding di kerusi parlimen – Datuk Husam Musa di Putrajaya, Salahuddin Ayub di Pulai dan Datuk Mahfuz Omar mempertahankan Pokok Sena.

Hadi membuat pengumuman itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui Malaysiakini selepas pengumuman itu berkata, keputusan PAS untuk meletakkan Raja Bahrin dan Fauzi untuk bertanding adalah tempat memandangkan mereka adalah anak jati di kawasan tersebut. 

Menurut Mustafa, pemimpin PAS juga berpandangan bahawa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan arkitek berkenaan tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam parti. 

"Dia (Fauzi) memang asal orang Larut. Raja Bahrin memang orang Terengganu. Yang nak jadi calon ini, kiranya macam kita hantar dia balik kampunglah. Kita pilih calon anak tempatan. 

"Pemilihan (dua calon ini) PAS Pusat yang buat sebab mereka tak pegang apa-apa jawatan dan diterima baik oleh semua termasuk akar umbi dikawasan itu," katanya.

Sementara itu, Husam dalam sidang media sama mengakui bahawa beliau akan bertanding di kawasan yang sukar untuk dimenangi.

Namun, Putrajaya tidak akan menjadi penamat kepada karier politiknya sekiranya beliau tewas di kawasan itu.

"Dalam mesyuarat PAS Pusat memutuskan saya terpaksa bertarung di Putrajaya. Kerusi yang sangat sukar untuk dimenangi,” kata pemangku jawatan exco Kelantan itu.

“Saya terima walaupun sangat sukar. Saya tak anggap ini pilihan raya yang terakhir melainkan saya mati dulu sebelum pilihan raya," katanya berseloroh. 

Salahuddin juga dalam sidang media sama menyifatkan persaingan di Pulai sebagai satu amanah dan tugas yang besar.

Penyandang kerusi parlimen Kubang Kerian itu yakin Johor akan menjadi penyumbang terbesar kepada sokongan untuk Pakatan. 

"Terima kasih penduduk Johor, Pulai yang saya rasa kaum Cina dan India telah beri kepercayaan pada saya. 

"Saya pikul tanggungjawab ini sebagai satu amanah. Saya yakin negeri Johor sebagai penyumbang besar untuk sampai ke Putrajaya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.