KUANTAN, 2 April - Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.
Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.
"Saya amat terkilan kerana Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar nak jual air ke Selangor.. tapi rakyat sendiri terpaksa menanggung derita akibat masalah air.. ini namanya "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan... gajah di sebarang laut nampak.. kuman di depan mata tak nampak" akhirnya kami rakyat Pahang yang menjadi mangsa", kata seorang kakitangan kerajaan yang ditemui.
Sungguh memalukan, di kala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berbangga kononnya mahu ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan masalah air yang melanda negeri itu, tapi apa yang berlaku sebaliknya. Negeri Pahang sendiri yang mengalami nasib yang lebih teruk dari apa yang disangka selama ini. Kini seluruh Kuantan menghadapi masalah air yang cukup teruk sekali.
Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek. Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.
Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek. Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.
Menurut laporan dari laman web rasmi PAIP mendakwa gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penyambungan paip utama di Rumah Pam Kobat dekat Sungai Lembing. Namun, apa yang memusykilkan jika benar dakwaan PAIP itu, kenapa ada sesetengah kawasan yang sudah mengalami masalah air sejak dua tiga minggu yang lalu?. Inilah yang menjadi masalah sekarang ini. Jika berlaku di negeri pembangkang, sudah pasti begitu cepat media arus perdana memainkan isu. Namun, bila berlaku di negeri Perdana Menteri sendiri mereka semua menikus dan tidak mahu mendedahkan maslaah ini kerana takut undi BN hilang pada PRU13 nanti. Akhirnya cerita isu air dibakul sampahkan.
[Tolonglah Kerajaan Negeri Pahang, usahlah menipu rakyat lagi dengan isu air ini. Berpijaklah di bumi yang nyata. Buktikan BN mampu mengatasi masalaha air seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sendiri. Jika di negeri pembangkang, mungkin masalah berlaku akibat peruntukan yang disekat dan sebagainya. Masalahnya, kenapa di Pahang iaitu sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN turut mempunyai isu yang sama. Bukankah negeri BN mempunyai cukup peruntukan yang boleh diperolehi dari pusat untuk mengatsai masalah ini. Kenapa tidak dilakukan?
Mana pergi semua wang tersebut?. Kerajaan Negeri rela memberi geran tahunan RM50 juta kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya untuk dasar pengswastaan, namun apa yang berlaku?. Semakin dikorporatkan maka semakin teruk masalah air di negeri ini?. Persoalan tentang Kuantan lebih teruk sebenarnya. Sudahlah ibu negeri Pahang ini dilanda bah yang teruk awal tahun ini, kini air pula teruk terputus di sana sini. Kasihan rakyat terpaksa menanggung derita akibat retorik politik pihak-pihak atasan yang tidak cakna. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja penyokong pembangkang, malahan penyokong UMNO BN sendiri sebenarnya.
Oleh itu ubahlah sekarang !!].
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/04/panas-seluruh-kuantan-lumpuh-terputus.html#ixzz2PJIQetuT
Jangan2 pemimpin2 Umno yang curi air tak? Mereka memang pakar dalam bab curi mencuri ni.
ReplyDeleteNajib kena sedar yang berlaku ini adalah petanda akan kehancuran UMNO/BN dalam PRU13 nanti yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.
ReplyDeleteBila Tuan Guru Nik Aziz mengkhalifahkan doa supaya UMNO hancur, nampaknya telah dimakbulkan dan UMNO/BN kena bersedia untuk menghadapi sakaratul maut dalam keadaan yang tenang.