KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 22 pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan Umno.
Mengetuai pemberontakan dalaman Umno ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua.Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin.
Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang.
Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK Umno bahagian Sepang, Hanafiah Mohamed.
Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas.
Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara.
1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak
2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu
6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang
9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir
10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.
0 comments:
Post a Comment