Terkini!! (Gambar2) Inilah Wajah Anak Sulung Ayu Raudhah & Zaquan Adha - Bayi Lelaki Dilahirkan Di Hospital Columbia JB.. Jom Terjah!!


Bayi sulung pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dilahirkan kira-kira pukul 2.17 petang Jumaat di Hospital Columbia, Johor Bahru (JB).
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah, 28, selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 2.17 petang Jumaat di Hospital Columbia, Johor Bahru (JB).
Suaminya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan Johor, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 25, berkata, anak sulungnya itu dilahirkan seberat 2.79 kilogram (kg) dan kedua-dua isteri dan anak berada dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, saya teruja dan pada masa sama rasa macam tak percaya pula bahawa kini saya seorang ayah.
"Sekarang ini tanggungjawab saya lebih berat lagi dan Insya-Allah saya dapat mendidiknya sebagai seorang anak yang baik," katanya yang dihubungin mStar Online, Jumaat.
Zaquan gembira Ayu lahirkan anak lelaki dengan selamat.
Bagaimanapun, tambah Zaquan, dia dan isterinya masih lagi belum memikirkan nama yang sesuai buat anak sulung mereka itu.
"Kami tak beri nama lagi. Biarlah Ayu berehat dahulu dan baru kami bincangkan nama yang sesuai.
"Selepas keluar wad nanti, Ayu akan berpantang di rumah kami di JB," ujarnya
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.