Berapi!!! Pelakon Filem Popular Yang Selalu Pegang "Watak Jahat' Turut Sertai Pakatan Rakyat, Siapa Beliau.. Jom Terjah!!



SEBELUM ini kita sering melihat wajah Abu Bakar Juah, 59, di kaca televisyen melakonkan watak antagonis. Sekarang ini, wajah yang cukup dibenci suatu ketika dulu sewaktu melakonkan watak Agus dalam drama Pak Tua sekitar 1980-an adalah seorang usahawan yang berjaya.

Menurut Abu Bakar, sebelum bersara daripada Jabatan Penjara Taiping sebagai Pengarah Kanan Penjara pada tahun 2005, dia bercadang untuk menternak lembu dan ayam di kampung halaman di Kati, Kuala Kangsar, Perak.

Namun hasratnya untuk menjadi peladang tidak kesampaian. Atas galakan isteri, Rusidah Mohd. Yassin, 50, dia memohon lesen untuk membuka syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan.

Berdasarkan latar belakangnya yang telah 34 tahun berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia, permohonannya diluluskan.

“Alhamdulillah, permohonan saya untuk membuka syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan mendapat kelulusan. Selalunya hanya tentera atau polis bersara sahaja yang menjalankan perniagaan sebegini.


“Selain daripada faktor kewangan, mungkin mereka tengok latar belakang saya yang pernah menjalani kursus pencegah jenayah selama tiga bulan di Jepun pada tahun 1996,” katanya yang bermula sebagai warden penjara pada tahun 1969 di Pulau Pinang.




Dia yang pernah bertugas di penjara Pulau Jerjak pada tahun 1970, Penjara Pudu (1975 - 1986), Penjara Kajang (1986 - 1993), Penjara Sungai Petani, Kedah (1994 - 1995) dan Penjara Taiping (1995 - 2005), kini merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat Master Protection Sdn. Bhd., yang beroperasi di Taman Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan milik Abu Bakar yang beroperasi sejak Januari tahun 2006 yang lalu, menyediakan pengawal keselamatan bagi sekolah, pusat membeli belah dan kawasan perumahan.

“Setakat ini saya bekerja bersama dengan lebih 200 kakitangan. Pengawal keselamatan Master Protection terdiri daripada lelaki dan wanita. Semuanya orang tempatan.

“Kami menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan di 24 buah sekolah di sekitar Selangor dan lima buah sekolah di sekitar Putrajaya.

“Sementara di pusat membeli belah pula kami menempatkan pengawal keselamatan di Pavillion, Bukit Bintang, Mid Valley (Isetan), kawasan perumahan dan beberapa kawasan lain,” jelasnya yang sanggup mengorbankan sambutan Hari Raya bersama keluarga baru-baru ini.

Jelas Abu Bakar berdasarkan pengalamannya yang terpaksa bekerja di penjara pada Hari Raya, maka dia tahu bagaimana perasaan kakitangannya yang bekerja pada Hari Raya.

“Orang bercuti, kita bekerja. Pengalaman itu telah saya lalui dan sebab itulah selepas solat raya hari itu, saya, isteri dan beberapa rakan kami yang lain telah menghantar makanan kepada petugas-petugas. Saya sentiasa menganggap kakitangan sebagai ahli keluarga,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
Bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward, Taiping itu berkata, kesibukan menguruskan Master Protection menyebabkan ruang untuk berlakon terbatas.

“Saya memang tidak boleh berhenti berlakon kerana berlakon ibarat satu senaman minda dan fizikal bagi saya. Kalau berlakon pun saya akan tengok skrip dan ikut kesesuaian waktu,” katanya yang memulakan karier lakonan pada tahun 1976.


Bersama pelakon yang diminati, Abu Bakar Juah yang kini bersama Pakatan Rakyat —

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.