Panas!! Datuk Seri Wan Azizah Menangis Lagi.... Jom Terjah!!


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan bapa Saiful Bukhari, akhirnya membuat pengakuan bahawa anaknya, dipergunakan dalam Fitnah II yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan ia sebagai anugerah Ilahi, Presiden KEADILAN itu menganggap pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.



“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga.
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.
“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,” katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.