Semua sedia maklum ketika ini negara kita kecoh dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan isu tersebut turut mengaitkan nama Sultan Sulu serta individu yang berasal dari negara Filipina.
Terbaru, menerusi laman Twitter milik pelakon serta Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi telah memaklumkan bahawa pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Filipina telah melarikan diri pagi tadi. Adakah ini ada kaitan dengan isu pencerobohan tersebut? Hmm..anda rasa?
Menurut sumber yang sama, salah seorang pengikut Twitter Zed Zaidi telah mempertikaikan kenyataan Presiden Seniman tersebut dengan mempersoalkan kenapa dia perlu mengambil warga Filipina sebagai pembantu rumah, sedangkan ramai lagi rakyat tempatan yang boleh menjalankan tugas sebagai orang gaji.
Apa pun ini sekadar satu laporan sahaja, tiada kaitan untuk menjatuhkan atau menyalahkan sesiapa. Oleh itu, mari kita sama-sama mendoakan keselamatan perwira-perwira negara dan mereka yang berada di Sabah, #PrayForLahadDatu.
0 comments:
Post a Comment