Panas!! Bapa Saiful Bukhari akui kes liwat kedua sebuah konspirasi... Jom Terjah!!!



Akhirnya kebenaran terserlah jua.. dan terbukti apa yang disebarkan dan dipersembahkan oleh media-media tunggangan UMNO termasuk Blogger upahan mereka, tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata...

Dalam satu sidang media tertutup, Bapa kepada Saiful Bukhari mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri..

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim (picture), 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

The Malaysian Insider

1 comments:

  1. Lahanat punya saiful bukhari dan azlan! Sesungguhnya ngko tidak punya maruah dan nurani sebagai makhluk yang manusia! Ngko telah menganiaya anwar,isteri,anak-anak dan seluruh ahli keluarga sampai ketahap tak dapat diterima akal.TQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.