Terkini: Inilah Lelaki Yang Dijatuhkan Hukuman Penjara & Denda Akibat Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong.. Jom Terjah!!

Leong Pei Koe
BALIK PULAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
  
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
 
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
  
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
  
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
  
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.
  
Pei Koe membayar denda itu.
  
Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 
- Bernama
Laporan Sebelumnya....
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi (kelmarin 11/2).Seorang lelaki Cina telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.


Nama: LEONG PEI KOE 

No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland,UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas,Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.Amaran telah diberikan kepada lelaki Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294(a)KK.

Bagaimanapun,lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata,di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE,lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali.Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.Hasil siasatan polis mendapati,lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif. 

Sumber

1 comments:

  1. ibarat api dalam sekam......begitulah perpaduan dimalaysia. party2 yg ada masih dan hanya memperjuangkan bangsa dan kelompok ahli masing2.....ini sepatutnya tidak berlaku.....kita sepatutnya memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan semua peringakat masyarakat tampa mengira bangsa dan agama............

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.