Terkini!! Al Fatihah: Pelakon Veteran Kuswadinata Kembali ke Rahmatullah Petang Tadi..




KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pelakon veteran Kuswadinata, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, kira-kira pukul 5.07 petang ini.Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang dan kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.



Jenazah pelakon itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Resmi Jaya, Ampang, sebelum dimandikan dan dikafankan di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor esok.

Selain mengalami pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami kerosakan buah pinggang sebelah kiri dan sering dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Julai lalu. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.