Panas Berapi!! Angkara Dendam Datuk Seri Ong Tee Keat Terpelanting.. Tiada Tempat Dalam PRU 13 Nanti.. Jom Terjah!!


mca chinese new year open door 100213 11 chua soi lekMCA tidak mencalonkan bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat  untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan, walaupun beliau dianggap berpeluang mempertahankan kerusi tersebut.

Sebaliknya, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) memberitahu pemberita malam tadi bahawa MCA Bahagian Pandan telah mencalonkan muka baru Gary Lim, seorang peguam berusia 39 tahun.

Menurutnya, jawatankuasa pusat parti itu bergantung kepada pandangan bahagian dalam pemilihan calon, walaupun kata putusnya adalah di tangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau tidak disokong oleh bahagian (MCA Pandan). Mungkin kerana beliau tidak bekerja dengan baik dengan (mereka). Mungkin mereka merasakan bahawa selepas sekian lama, perlu ada pertukaran.

"Ini pun yang anda cakap. Malaysiakini kata PM harus membariskan muka-muka baru. Itulah apa yang pembangkang kata, tetapi pembangkang mencalonkan mereka yang berusia 81, 71 (dan 73)," kata Chua, merujuk kepada beberapa pemimpin tertinggi pembangkang.

Chua berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Pandanmalam tadi.

Ong tidak kelihatan di majlis tersebut.

'Calon mampu menang'

Ditanya sama ada peluang MCA akan terjejas sekiranya Ong bertanding sebagai calon bebas, Chua menjawab ia akan menguntungkan BN kerana undi pembangkang akan berpecah.

Katanya, 'calon mampu menang' adalah seseorang yang mendapat sokongan MCA, parti-parti komponen BN serta NGO.
NONEOng (kanan) telah meiwakili Pandan selama lima penggal dan  adalah antara 15 ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada tahun 2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal separuh.

Beliau juga merupakan calon MCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor.

Ong dilihat sebagai salah seorang pemimpin BN yang lebih berwibawa, dan diingati kerana memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang dan dijangka mampu mengekalkan kerusi tersebut.

Selepas pilihan raya umum 2008, beliau dipilih sebagai presiden MCA, tetapi tewas kepada Chua 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam parti itu.

Sejak itu, Ong beroperasi kebanyakannya di luar rangka kerja MCA dan BN. Lamanwebnya juga tidak memaparkan logo MCA mahupun BN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.