Forum Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam? Inilah Punca Ust Fathul Bari Tarik Diri.. Jom Terjah!!



Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu beliau menegaskan, ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu.

"Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam bukan hanya terletak pada istilah semata-mata, namun ia perlu dizahirkan dalam konteks yang menyeluruh.

"Kalau saudara tanya sekarang, adakah negara-negara sekarang negara Islam, ya, mereka wilayah Islam. Saya baru bercakap tentang istilah belum lagi nilai budi.

"Kita mengatakan negara-negara yang ada Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab, wilayah Islam, dalam erti kata lain, kalau negara-negara ini diserang, wajib bagi umat Islam bangun mempertahankannya. Tetapi dengan istilah itu tidak bererti saya boleh mendiamkan diri kalau berlaku apa-apa kesalahan atau penyelewengan hanya atas dasar ia negara Islam.

"Sepertimana saya tak boleh untuk mendiamkan diri apabila orang Islam buat sesuatu, hanya kerana dia orang Islam, kalau dia merasuah, merompak dan sebagainya, 'eh tak apalah dia orang Islam'," tegas Asri. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, bila bercakap tentang negara Islam, ia mestilah menyeluruh dan tidak ketinggalan dalam mana-mana aspek sepertimana di negara ini.

"Islam bukan hanya slogan, Islam itu melibatkan teks, konteks, bentuk, isu, mesti semuanya Islam. "Negara ini Islam atau tidak. Sebab itu jika kita lihat balik, dari segi teks dan konteksnya, ia tidak ada kaitan dengan tulis atau tak tulis (Perlembagaan), soalnya pelaksanaan bagaimana?

"Dirikan solat, masjid kita macam mana? Apakah dirikan solat bermakna kita harus membina masjid besar-besar tetapi jemaah tidak ada. Ada orang hendak berceramah, kena tangkap. Tunaikan zakat, negara kita kutip berapa zakat? RM1 bilion. Apakah orang tidak bayar? Orang bayar, tetapi di mana duit itu pergi?" soal beliau. 

~sinar harian

1 comments:

  1. salam. mohon pautkan blog http://www.penburukonline.blogspot.com dalam senarai bloglist tuan. blog tuan dalam senarai blog PR. tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.