Berapi!! Selebriti Abby Abadi 'COOL' Dapat Dakap & Dukung Baby Bekas Suami Norman Hakim.. Jom Terjah!!



image
Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby lah satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.
Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey & Norman menjadi jernih.

Kehadirannya pada bulan Ramadhan lepas untuk berbuka puasa bersama menjadi titik tolak kepada hubungan mereka bertiga menjadi lebih baik.
Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza. Satu perkara yang jarang dilihat kita. Dapat dilihat Abby Abadi sedikit tersenyum ketika dia mendukung bayi Memey dan terpancar sinar keibuan dalam dirinya.
Menerusi salah satu caption foto yang dimuat naik oleh Abby Abadi, dia telah menyebut :
Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud ‘Yang Warak’ . Hakim bermaksud ‘Yang bijaksana’
Dalam pada itu, Abby turut berdoa agar hubungan baiknya dengan Memey akan terus berkekalan.
Kita merancang ALLAH yg menentukan segalanya… Semoga hubungan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Baguslah jika begitu, semoga hubungan mereka sekeluarga sentiasa jernih dan dipenuhi senyuman kegembiraan.
Kan elok kalau semua wanita atau ibu diluar sana berfikiran seperti Abby Abadi. Satu contoh yang baik dari Abby walaupun dia ditentang ramai oleh peminat kerana melibatkan diri dalam politik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.