Perdana menteri, Najib Altantuya terus dihimpit resah gelisah lagi!
Seperti dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.
Buku setebal 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya” sebagai penulisnya.
Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.
Deepak sebelum ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.
Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada tahun 2006.
KEADILAN melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.
Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai “rasuah” dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.
Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.
Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.
Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.
Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.
Sehubungan itu, kerajaan Pakatan RakyatSelangor yang diterajui KEADILAN, melalui satu kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah tersebut.
Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.”
0 comments:
Post a Comment