Panas!!! Akui Kesilapan.. Blogger UMNO Bergelar Doktor Memohon Maaf Kepada MP Shah Alam Berhubung Fitnah.. Buktinya, Jom Terjah!!!



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada  Dr Norvandri Hasan Basri kerana memohon maaf berhubung satu kenyataan dalam blognya berbaur fitnah ke atas beliau dua tahun lalu.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat berkata, keputusan Dr Novandri satu tindakan wajar dan waras memandangkan fitnah-memfitnah adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

"Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya.

"Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan," kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

Khalid Samad


Sehubungan itu Khalid berkata, Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui.

"Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat.

"Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ia budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia," katanya.

Laporan media semalam menyebut bahawa Dr Norvandri atau dikenali juga Dr MiM memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Beliau melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, beliau mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya
politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara ini.

"Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik Umno/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke-13 ini.

"Melalui kemenangan PR dalam PRU ke-13, ia akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insya-ALLAH," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.