Hangat: Pelakon Patrick Teoh Nie Kurang Ajaq.....Walaupun Minta Maaf, Payah Orang Islam Nak Terima Sebenarnya, Sangat Melampau, Dia Dah Hina Islam... Jom terjah!!



Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebayadan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.
Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.

Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.

Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.

Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, “tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."

Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.

nih link FB cina cauvenis nih

https://www.facebook.com/Patrick.Teoh.KY

1 comments:

  1. Cina kurang ajar ni patut diajar cukup-cukup jika jumpa diluar! Mulutnya patut diseligi dengan berus dawai! Dasar cina yang rasis dan anti Islam! Mana haramjadah perkasa, Hassan akidah, Omar silat lucah dan lain-lain yang kononnya berjuang martabatkan Islam! Takde telo ke? Mana mufti harus sanasini? Takde petua ke? Ke okay kalau cina hina Islam? Mananya PAS kedah? Play safe ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.