Hangat Berapi!!! Inilah Wajah Pemimpin Politik Yang Terlibat Jenayah Merogol Wanita.. Jom Terjah!!


Shameless: Congress leader Bikram Singh Brahma was stripped and beaten before the police took him into custody

Ahli politik Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap sekumpulan penduduk kampung selepas dituduh merogol seorang wanita di Santiputa, awal pagi kelmarin. - AGENSI


ASSAM 4 Jan. - Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.


Villagers from India's Santipur, on the Bhutan border, have beaten leading Assam politician Bikram Singh Brahma after he allegedly raped a woman in her home at 2am. Chief Minister Tarun Gogoi said anyone found guilty of rape 'would not be spared, whether he is a Congressman or not.' It is another shocking sex crime against a woman in a country that is trying to come to terms with the gang rape and death of a 23-year-old student last week.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.


Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.

Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.

Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.