Terkini!!! Angkara Khalwat Dengan Isteri Orang, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Turun Pangkat.. Jom Terjah!!





Ketua Pengarah Kesihatan, Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Mahmood Adam berkata  keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.



Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 


Pada 26 Nov lepas, SPA memutuskan Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.


SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.


Pada 14 November lepas, Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik di Hotel Pullman, Putrajaya.

3 comments:

  1. Dulu, menteri kesihatan main pompuan muda kt hotel.. Skrg, ketua pengarah kmm main bini org.. Eh, kementerian kesihatan malaysia ni tempat org gila seks ke?

    ReplyDelete
  2. alahai hukuman dunia...gaji mcm gampang lumayan..bayar cash je tu..nyaman..sedap la ko DG kenyang..puii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.