Terkini!! Dr Badrul Amin bersama Ustaz Ann Wan Seng Ditahan JAIS Hadiri Majlis Makan Malam Mengenang Abuya.. Jom Terjah!!


BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS. 

Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam. 



Badrul Amin (Gambar)Ustad Badrul Amin Dengan Pengakuannya...Benar Atau Palsu??
Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad. 


Al-Arqam yang bergerak aktif selama lebih sepuluh tahun dan memiliki lebih 10,000 ahli, memiliki kilang dan hospital sendiri itu diharamkan selepas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meramalkan dirinya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Dr Mahathir. 

Akhirnya, Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohammed kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat. 

Update: Dr Badrol Amin sedang memberikan keterangan di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.  Pihak JAIS berkata ia bukan satu tangkapan. Tapi Dr Badrol Amin diangkut menggunakan trak Polis. Alasan penahanan ini kerana melanggar fatwa mufti yang dikeluarkan dalam tahun 1995 yang mengharamkan Al-Arqam.

Maklumat lanjut berkenaan tangkapan ini akan menyusul. 


*************************************************************

laporan SianarHarian

Jais gagalkan himpunan cuba hidupkan Al-Arqam


RAWANG - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini, malam tadi.
Perhimpunan itu melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan.
Kira-kira 3,500 pengikut ajaran sesat dijangka menghadiri majlis itu termasuk seorang pemimpin kanan PKR Selangor.
Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan pemimpinan kanan mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".
Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.
Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat.
Penganjur turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta.
Serbuan turut mendapat kerjasama pihak polis bagi membantu siasatan.

Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad.
Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini.
Ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
Ashaari, pengasasnya, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.