JOHOR BAHARU: Seramai 210 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Batu Pahat apabila kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat, pada Sabtu.
Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata 117 mangsa banjir dari 38keluarga dari Kampung Parit Gantung ditempatkan di Sekolah Kebangsaan TigaSerangkai manakala 61 orang daripada 12 keluarga dari Parit Lapis Laman ditempatkan di Balairaya Parit Lapis Laman.
Seramai 32 mangsa banjir dari tujuh keluarga dari Parit Sentang Batu puladitempatkan di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu.
Jurucakap Ibu Pejabat Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Khatijah Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya telah mengagihkan bantuan asas kepada mangsa banjir berupa makanan, minuman, bantal dan selimut.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir dikawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my atau PublicInfoBanjir pada laman Facebook.BERNAMA
0 comments:
Post a Comment