Setelah lama menunggu bilakah tarikh pembubaran parlimen yang sekian
lama dinantikan seluruh rakyat, akhirnya penantian berakhir juga! Puas
berteka-teki mengenai bilakah tarikh parlimen akan dibubar seterusnya
pilihanraya umum diadakan, nampaknya impian kini terlaksana!
Bagaimanapun, jangan terkejut apabila parlimen yang dimaksudkan bukannya
parlimen Malaysia sebaliknya negara haram Israel yang mengumumkan
parlimennya akan dibubarkan pada 22 Januari 2013 bagi memilih ahli
parlimen yang lebih dikenali dengan nama Knesset ke-19 dalam sejarah
negara haram itu.
Perdana menteri rejim Yahudi laknatullah, Benjamin Netanyahu (kanan)
mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media bersama jemaah
kabinetnya yang bersetuju dengan tarikh tersebut di Tel Aviv sebentar
tadi.
Seramai 65 ahli parlimen akan dipilih oleh lebih tiga juta pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam pilihanraya kali ini.
Netanyahu yang mengetuai parti pemerintah, Likud dijangka tidak
menghadapi masalah untuk memenangi pilihanraya tersebut walaupun parti
pembangkang, Kadima yang bergabung dengan kerajaan pimpinannya pada 2009
mengancam akan keluar dari perikatan tersebut.
Bagi rakyat Malaysia sekali lagi kita dimalukan seluruh dunia apabila
perdana menteri Najib Altantuya yang kini berada di Manila, Filipina
masih tidak berani mengumumkan pilihanraya umum walaupun sudah berbelas
kali melaungkan kesediaannya memanggil pilihanraya!
Ternyata Najib Altantuya cukup takut memanggil pilihanraya umum kerana
hampir pasti BN akan kalah dan paling mengerikan, dia sendiri akan
menghadapi perbicaraan di Paris, Perancis sebagai saksi peguambela
bersabit skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang berkait dengan
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. ~jalanpulang
0 comments:
Post a Comment