Terkini: Kita Bongkar Apa Yang Lebihnya Samsung Galaxy Note II | Spesifikasi dan Harga.. Jom Terjah!!

Pihak Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd mengunjurkan pelancaran Galaxy Note II akan meningkatkan prestasi jualan keseluruhannya tahun ini.


Menurut Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata sasaran itu boleh direalisasikan berdasarkan sambutan menggalakkan peranti pintar generasi pertama dalam pasaran tempatan sebelum ini.
“Kami menjangkakan jualan telefon pintar baharu itu akan meningkat tiga kali ganda berbanding Galaxy Note generasi pertama,” katanya pada pelancaran Galaxy Note II.


Tambah Chong, jualan syarikat itu di Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sangat kukuh. Syarikat itu yakin segmen telefon mudah alih akan terus menyumbang dengan ketara kepada jualan syarikat tahun ini.


Beliau berkata Samsung Galaxy Note II ditawarkan dalam dua warna, ”marble white” dan “titanium gray”, mulai 19 Okt.
“Ia bakal dijual oleh semua rakan Samsung seperti DiGi, Maxis, dan Celcom dan operator lain mulai 19 Okt pada harga runcit RM2,299,” katanya.

Ciri-ciri Samsung Galaxy Note II ini antaranya,
  • 1.6GHz quad-core Exynos processor
  • 2GB of RAM
  • 5.5-inch Super AMOLED HD1280 x 720 display
  • Size: 80 x 151.1 x 9.4mm thin
  • Weight: 180 grams
  • 16/32/64GB on-board memory
  • microSDHC support of up to 64GB of additional storage
  • 2-megapixel front cam
  • 8-megapixel rear cam
  • HSPA+ support
  • 4G LTE connectivity (in selected markets)
  • Bluetooth 4.0
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • Wi-Fi Direct
  • USB 2.0 support
  • A-GPS and Glonass support
  • 3,100mAh removable battery
  • Android 4.1 Jelly Bean with TouchWiz
  • Redesigned S Pen with better grip and rubber tip.


[sumber]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.