Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.
Timbalan
Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata,
perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan
daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap
negeri.
"Kita
sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda
tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.
"Himpunan
ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan
AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan
ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan
pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di
seluruh negara.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ▼ 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment