Bongkar!! Kenapa DS Anwar Terima "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010" di Paris.. Bukan Najib? Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!



3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung.

Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

 

Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Ini jawapannya...

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).

Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.


Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di SINI ), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.

Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.

Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.

AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).


Persoalannya disini ialah kenapa Anwar yang menerima anugerah ini.. bukan Najib?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.