Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal,
Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.
Sumber
memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan
yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat
dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan
krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya
baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya
sumber berkenaan.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan
kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas
kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang
menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Berikutan itu, Nurul
menerima kecaman yang agak hebat.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan
mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.Pihak
pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu
kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai
satu kesilapan yang tidak disengajakan.
~mynewshub
0 comments:
Post a Comment