Terkini & Panas!!! Program Kuliah Ustaz Azhar Idrus, Penganjur Terima Surat Ini Dari Mufti Negeri Perak... Jom Terjah!!!


 

Kalau boleh perluaskan lagi. Maksud aku, bersikap terbuka lagi. Bukan dengan Ustaz Azhar Idrus jek. Bahkan dengan ustaz2 dari PAS dan yang tak pro bn. Seperti Tuan Guru Nik Aziz. Aku nak sangat Tuan Guru ke sana ke mari bebas memberikan kuliah tanpa halangan dan larangan dari bien.

Bukan apa. Sebagai umat islam aku rasa kecewa dan sedih melihat penindasan kerajaan bien terhadap tuk guru. Hatta jadi imam pun tak boleh. Itupun siap nak amek tindakan tatatertib dan buang mereka2 yang mengizinkan tuan guru jadi imam. Kenapa?





Tuan guru layak lah weh. 

LAYAK.

Jangan kerana perbezaan fahaman politik kita boleh suka2 nak menafikan ilmu agama yang dimiliki oleh tuan guru. Antara jasa bien yang terbesar ialah menfitnah ustaz2 pas dan menghalang ustaz2 pas daripada mengamalkan ilmu mereka di kebanyakkan negeri2 di malaysia.

Cuba fikirkan sejenak. Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Kalau la umno dan bien tak halang dan larang ustaz2 pas mengamalkan ilmu2 mereka di mana2 kawasan di malaysia, mungkin kah timbul isu dua imam? Isu perpecahan jemaah masjid? Mestilah takde. 

Umno dan bien tidak berlapang dada dengan perbezaan politik. Mereka kawal dan tekan. Akibatnya pengikut2 mereka terikut2 dan terpengaruh dengan cara bien dan umno bermain politik.

Akhirnya, kesannya seperti sekarang. Apa pun tak boleh. Terserah kepada kita untuk ubah kembali segala2 nya seperti sedia kala. Bagaimana? Kita kena ubah, bukan sahaja pemikiran kita, bahkan di peti undi. Ubah, sebelum terlewat.

Apa pun syabas diucapkan kepada mufti perak,  Harussani sebab berlapang dada demi kebaikan bersama. Berbanyak tahniah diucapkan. Terima kasih.



Sumber gambar : Wall sahabat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.