Subhanallah!!! Perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah Di Terima Baik Dan Restui Madunya, Datin Sri Shahrul Zakiah.. Jom Terjah!!!

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Sharifah Khasif madu Datin Sri Shahrul Zakiah isteri Datuk Sri Mohammad Hizal Otham
Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.






Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.


Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.




Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:
“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.

“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.


“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.


“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.