Gempaq Berapi!!! (Ini Videonya) Filem “Untuk Tiga Hari” Mufti Perak Nasihatkan Pasangan Selebriti Rujuk Kepada Jabatan Agama Segera, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

 

Tidak tahu apa silapnya kali ini, tetapi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar pasangan selebriti yang berlakon dalam filem “Untuk Tiga Hari” ini merujuk kepada Jabatan Agama Islam segera.


Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, perkara ini berikutan lafaz cerai Rashidi Ishak terhadap Vanidah Imran ketika mereka berdua berlakon didalam filem arahan pengarah, Afdlin Shauki.



“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. 

Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.” – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Tapi, setakat yang OHBULAN! ingat ketika menonton filem ini, tiada dialog ‘lafaz cerai’ diantara Rashidi dan Vanidah. Tapi, tak tahulah jika kami ada terlepas pandang. Apa pun, kita tunggu saja berita terbaru dari kedua pasang selebriti ini ya.

Untuk pengetahuan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah berkahwin pada 1 Oktober 2000.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.