Seorang guru sekolah menengah yang dalam jaminan polis pada Julai tahun lalu adalah kerana 94 kesalahan mengintai seluar dalam dan mencabul kehormatan wanita serta murid-murid perempuannya kata penolong pendakwa raya semalam.
Seow Swee Hong, 39, masih bujang, mengaku bersalah atas 10 tuduhan menggunakan kamera telefon bimbitnya untuk merakamkan video punggung dan seluar dalam mangsa, termasuklah pelajar-pelajarnya di sekolah timur Singapura di mana tempat ia mengajar.
Penolong Pendakwa Raya Lee Zu Zhao berkata, Seow berada di sekolah berkenaan pada 25 Julai tahun lalu ketika merakamkan aski empat pelajar perempuannya tanpa pengetahun mereka.
Beliau kemudia telah pergi membeli belah di HDB Hub di Toa Payoh.
Ketika sedang memilih pekakasan alat tulis di kedai buku Popular, beliau terlihat seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sedang bertinggung untuk memilih buku di rak lantas mengambil kesempatan untuk merakamkan video seluar dalam pelajar tersebut.
Beliau kemudian mengikut pelajar perempuan tersebut dan mengambil tiga lagi video seluar dalam mangsa.
Siow yang berhadapan dengan penjara maksimum satu tahun untuk setiap satu kelasalah diperintah hadir ke mahkamah pada 12 Oktober untuk dibicarakan.
Perbuatan tersebut salah tapi hairan juga bagaimana dengan mudah dapat dirakam? Adakah mereka dengan sengaja kangkang?
ReplyDelete