Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan
Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas
penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.
Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.
Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.
Mohammad
Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari
ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa
memfitnahnya itu.
"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
Mohammad
Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan
fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan
WWW 1 oleh Sultan Johor.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah
itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka
kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli
politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut
rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, satu lagi saman
Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem
Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata
seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.
"TV3 baru kemuka
pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3
cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.