Terkini!! [Gambar] Awas Kurma Jenama Popular Ada Lipas.. Jom Terjah!!

http://speakerpecah.blogspot.com

Sebuah keluarga terkejut apabila mendapati kurma dari jenama terkenal yang dibelinya dua bulan lalu mengandungi seekor lipas di dalamnya. Kejadian itu disedari oleh si isteri ketika suami dan anak-anaknya telah memakan hampir separuh daripada kurma tersebut sebelum ternampak seekor lipas di bawah timbunan kurma-kurma tersebut.


"Semalam selepas waktu berbuka puasa saya, suami dan anak-anak telah memakan kurma tersebut dan setelah separuh dari kurma yang kami makan saya ternampak seekor lipas di bawah timbunan kurma-kurma tersebut yang kami beli di Tesco Seberang Jaya kira-kira dua bulan lepas," katanya.

Menurutnya, dia berasa musykil dengan kewujudan lipas tersebut yang berada di dalam kotak yang telah dibalut dengan plastik melainkan ia adalah kecuaian pihak pengilang semasa di awal proses pembungkusan tersebut.

Bagaimanapun, dia telah menghubungi pihak syarikat kurma berkenaan dan meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan mutu kebersihan mereka. Namun, setelah menceritakan perkara yang berlaku, pihak syarikat kurma berkenaan telah menyalahkan pihak Tesco Seberang Jaya diatas kecuaian tersebut.

sumber: speakerpecah

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

1 comments:

  1. patut pun ada lipas dah dua bulan di beli ,, jika berani kenapa tak dedah kan jenama apa ?????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.