Rumah Pelakon Dan Pengacara Sharifah Shahira Dimasuki Pencuri.. Jom Terjah


Subang Jaya: Pelakon, Sharifah Shahira, kehilangan sejumlah barang kemas dan mata wang Indonesia selepas rumahnya di Taman Melawati, dimasuki perompak malam kelmarin.
Ketika kejadian, pelakon terbabit dan suaminya, Zulkifli Azhari atau Ijoy tidak berada di rumah dan hanya menyedari perkara itu apabila pulang pada jam 2.30 pagi semalam selepas mendapati pintu utama diumpil penjenayah.Difahamkan, ketika kejadian anak dan orang gaji pasangan terbabit berada di rumah tetapi tidur di bilik lain dan mereka tidak menyedari perkara itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata, siasatan awal mendapati kediaman pasangan terbabit dipecah masuk kira-kira pada jam 10.40 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sekitar kediaman terbabit.
“Suspek hanya menggeledah barangan di bilik utama dan menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500 terhadap pasangan pelakon itu,” katanya ketika ditemui
sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.