SHAH ALAM – Sambil menyifatkan sebagai kenyataan tidak berprofesional,
Pas hari ini mengulangi cabaran agar pegawai kanan Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan siapa yang beliau
maksudkan sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan anggota komunis yang
telah meresapi Pakatan Rakyat (PR)dan mahu menjadi calon Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan
tersebut amat berat kerana ia telah menjadi tanda tanya kepada orang
awam selain dakwaan yang tidak berasas, berat sebelah dan tidak
profesional.
“Pas ingin menegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstremis
di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai
pilihan raya dan menuntut sistem pilihan raya yang adil dan telus.
“Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai Pas samaada dalam
Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan
penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil,” katanya
semalam.
Kelmarin, Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman
Ekstremis Sosial Bukit Aman dipetik berkata, terdapat pengganas JI dan
individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon PRU13.
Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba
meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ pada Konvensyen Pemimpin Muda
Negara anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan
Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru
dan Majlis Belia Malaysia.
Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba
meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan
nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat
sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari
segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada
kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
0 comments:
Post a Comment