[Inilah Video] Seorang Ibu Dera Bayi Rindui Anak, Minta Peluang Kedua Selepas Dibebaskan Dari Penjara.. Jom Terjah!!!


Masih ingat lagi dengan penyebaran video seorang ibu kandung yang memukul anaknya sendiri? Video itu tersebar luas di media sosial dan akhbar. Beberapa hari lalu, ibu muda itu yang hanya dikenali sebagai Ira, telah dibebaskan dari Penjara Kajang setelah setahun menjalani hukuman. Katanya kepada media, dia kini insaf dan meminta agar diberikan peluang kedua untuk menjaga anaknya.

Ibu dera bayi minta peluang

[Video] Ibu dera bayi rindui anak, minta peluang kedua - Terbakor

Wanita dera bayi insaf

“Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.
“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu…saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.
Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
 “Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.
Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.