ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan koma sejak hampir sebulan lalu dipercayai didera pengasuhnya di rumah pengasuh itu di Taman Kenari, Kulim.
Muhamad Taufiq Danial Amri Izwan dilapor mengalami pendarahan di kepala dan mata dan kini terpaksa bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan.
Ibunya Rosmira Ramli, 28, dari Taman Bagan, Kulim berkata kejadian itu berlaku pada 20 Jun lalu.
Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, waktu itu beliau sedang bekerja di sebuah pasar raya apabila menerima panggilan daripada pengasuh berusia 50-an itu mengenai keadaan anaknya, sebelum beliau bergegas pulang untuk membawa anaknya ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan.
"Ketika sampai di hospital, doktor cakap anak saya dah tak bernyawa, tapi doktor telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa anak sulung ini saya sehingga dia bernafas semula," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Rabu.
Rosmira berkata, anaknya kemudiannya dirujuk ke HSB pada hari yang sama.
Anaknya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala, tetapi masih koma.
Beliau berkata, pihak doktor telah membuat laporan polis kerana selain tidak sedar dan berwajah kebiruan akibat kekurangan oksigen, terdapat kesan penderaan pada bayinya.
Suaminya, Amri Izwan Ibrahim, 29, turut membuat laporan polis sehari selepaskejadian bagi membolehkan polis menyiasat perkara tersebut.
Beliau turut merasa kesal kerana pengasuh tersebut tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadan itu dan menafikan dia telah melakukan penderaan.
Sebaliknya pengasuh itu memberitahu doktor bahawa anaknya hanya tersedak susu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Salleh mengesahkan menerima laporandan pihaknya sedang menyiasat. - BERNAMA
orang zaman sekarang cakap je suka kanak2..mula2 ok la..lama2 dah bosan..sayang entah ke mana,tanggungjawab entah kemana. semuanya jaga baby org sebab duit semata-mata...
ReplyDeleteorang mcm ni patut tembak n kasi buaya makan je...
AGREED...
Delete